Hodgkin Lymphoma Bulky Stage 3.


Demam pon kerja,

20hb Mac 2016 - Jun 2016.
- Demam berlarutan seminggu.
- Badan naik gatal² sampai tapak kaki pon terasa gatal..(Masa tu garu pakai gunting pon x rasa puas.. )
- Seminggu, 2 minggu.. ehh berat badan turun la.. seronok gila.. tapi bila da jadi sebulan,2-3 bulan.. sampai lah jadi jerangkung.. 63kg turun 40kg.. fuhh..  (taubat x nak kurus² sangat dah)
- Batuk kering tahap maksimum.. ingatkan TB.

Kurus melampau.


Checkup Klinik Presint 18, Putrajaya.
- Doktor suruh X-RAY.
- Ada sesuatu tolak jantung ke kanan. Air banyak dalam peparu kiri bawah.
- Refer Hosp Serdang suspect Kanser paru-paru. (Tak terbayang perasaannya)

Hospital Serdang.

Biopsy
- Checkup. Ada ketulan 2,3 biji kat leher belom ada kepastian apa benda tu.
- Ct-Scan. Peparu kiri belah bawah dah kempis habis.. dan benda asing dekat paru² agak besar.
- Doktor cadang buat biopsi untuk ketulan di leher.
- Bermula la bermalam di hosp. First time seumur hidup. Esok nya pembedahan kecil dalam keadaan sedar.
- Keputusan biopsi Hodgkin's​ Lymphoma Bulky Stage 3 (Kanser Darah yang menyerang Kelenjar.)













Sebelom ditarik nikmat sihat.


HODGKIN'S LYMPHOMA.
25 tahun hidup.. tak pernah mengalami masalah kesihatan yg teruk. Demam pon jarang. Pengambilan makanan pon terkawal. Aktiviti harian.. walaupon kurang bersenam.. tapi masih sihat.
Ubat².. jarang sama sekali.
Sekelip mata.. Allah tarik nikmat hidup yang sihat. Allah tarik seri muka. Allah tarik balik bentuk badan yg sihat sehingga jadi kurus kering. Allah tarik selera makan. Allah tarik keyakinan diri.
Tapi yang jelas Allah uji, Allah pilih, Allah sayang.


Seumur hidup x pernah terbayang milik sampai 4 buku ni..


Mask untuk halang penyakit demam selsema batuk orang lain terjangkit.. sakit aku korang tak jangkit.. sakit korang aku mudah terjangkit. 


Hospital Ampang.

Bermula la episod treatment untuk merawat kanser ni..
Chemotherapy​. Terpaksa guna line dikaki. Takut menganggu aliran tesekat di paru².


2016
06/09 - ABVD 1.1
20/09 - ABVD 1.2
04/10 - ABVD 2.1
18/10 - ABVD 2.2
02/11 - ABVD 3.1
15/11 - ABVD 3.2
29/11 - ABVD 4.1
14/12 - ABVD 4.2
28/12 - ABVD 5.1
2017
11/01 - ABVD 5.2
26/01 - ABVD 6.1
13/02 - ABVD 6.2





Ramai juga yang bertanya kenapa pilih chemo. Kenapa tak tolak dan pilih yang lain.. Ni jawapan aku. Aku sangat naif dan mahu cepat sihat. Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan. Aku yakin apa² pon cara sekalipon ketentuan adalah dari-Nya. Semua dari-Nya. Kembali pulih atau semakin teruk itu adalah tertulis.... tapi, selepas Chemo 1.2 aje Alhamdulilah perubahannye positif. Kalau masa sakit tak boleh baring langsung.. tapi keajaiban Allah beri. Batuk berkurang. Baring mcm mana kau suka pon dah boleh. Gatal² berkurang.. dan chemo² seterusnya pelbagai feed positive. Berulang dengan ctscan untuk melihat perubahan. 
Alhamdulilah kelenjar mengecil sedikit. Walau tak banyak. Syukur..
Untuk aku, aku lihat pelbagai perubahan. Walaupon kesan chemo menyerang sel baik kuku buruk. Kulit kusam kering gelap. Rambut gugur. Ada la 2,3 kali muntah. Pening teruk. Bengkak kaki sebab jarum line dan macam² la.. 

Tapi yang paling hebat hari mendatang aku makin kuat menghadapi. Ajaib tuhan bagi. Awal² down kemudian positif. Aku terapkan dalam diri. Tak ada yang mustahil dengan izin-Nya. Aku redha sehabis mungkin dan akan terus kan hidup walau apa pon terjadi.



SELEPAS 4 BULAN HABIS CHEMO - MENANTI RAWATAN RADIOTHERAPY


Alhamdulillah semoga terus sihat.


Harini, Mei,16hb 2017. Aku masih bernafas. Alhamdulillah semakin sihat. Sampai naik lelemak pulak dah. Huhu.

Next 18Hb Mei 2017 start Radiotherapy pulak di HKL. Till next.

Terima kasih, Mak Ayah atas Doa.
Terima kasih, baim peneman ke hospital yg setia.
Terima kasih, Along, Angah, Abang sentiasa membantu bila memerlukan.

Fight Cancer for better life.








Comments

  1. Wanii, kenal aku lagi dak? Aku doakan kau sembuh wey. InsyaAllah. Allah uji sebab Allah syg. Dia nk bg kau martabat yg ttgi antara mnusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Zar? zariena juhari ke? sekolah rendah sesame kan?? hihi. klo betol ye la tu.. klo salah.. al-maklom kimia dlm bdn x abes lg.. (alasan..hihi) pape pon tq. inshaAllah sentiasa positive. :)

      Delete

Post a Comment